Telegram Group & Telegram Channel
@TipsBiologiSPM
#Kesihatan
#Semasa

BERITA: MINUM 6 CAWAN AIR DALAM MASA SEJAM BOLEH BAWA MAUT - PAKAR

SEKUMPULAN pakar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran individu yang mengambil air dengan kadar pantas sehingga empat liter, boleh membawa maut.

Pakar menasihatkan supaya seseorang itu minum air tidak melebihi 1.4 liter dalam tempoh satu jam atau bersamaan kira-kira enam cawan.

Menurut mereka, jika tidak, keadaan itu boleh mencetuskan hiponatremia, iaitu suatu kecemasan perubatan yang boleh melumpuhkan sistem badan.

Hiponatremia berlaku apabila paras natrium dalam darah turun ke paras rendah yang luar biasa.

CDC memberi amaran keadaan sama juga berisiko berlaku apabila seseorang itu mengambil minuman tenaga dan cecair lain dalam kuantiti yang sama.

Sebelum ini, seorang ibu dua anak, Ashley Summers, 35, dari Indiana, meninggal dunia selepas mengambil dua liter air dalam masa 20 minit sahaja.

Wanita berusia 35 tahun itu, yang mengalami dehidrasi dan ingin menghilangkan dahaga, bagaimanapun rebah dan tidak sedarkan diri selepas kejadian itu.

Sel badan bengkak jika elektrolit tidak seimbang

Natrium adalah penting untuk mengawal jumlah air dalam badan dan mengawal tekanan darah, saraf dan otot.

Apabila kepekatan elektrolit tidak seimbang, air tambahan menyebabkan sel badan membengkak.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, keadaan itu paling bahaya jika berlaku di otak berikutan organ tidak dapat membengkak disebabkan adanya tengkorak.

Kesannya, ia boleh menyebabkan sawan atau koma, sekali gus membawa maut.

Namun, pada kebiasaannya, gejala dihadapi individu mengambil air berlebihan dalam tempoh singkat ini adalah kurang teruk termasuk muntah, sakit kepala, kekeliruan, keletihan, tekanan darah rendah, kelemahan otot dan sawan.

Kesan pada buah pinggang dan jantung

Hyponatremia berlaku apabila paras natrium dalam darah, yang biasanya antara 135 dan 145 mEq/L, menurun hingga kurang 135 mEq/L.

Walaupun kemungkinan kesan itu adalah daripada mengambil terlalu banyak air, ia juga boleh disebabkan oleh kegagalan buah pinggang dan jantung serta pengambilan beberapa ubat.

Sesetengah kes boleh dirawat di hospital melalui titisan IV yang mengandungi larutan natrium atau ubat-ubatan.

Namun, menurut kajian kadar kematian dalam kalangan mereka yang menerima rawatan itu di hospital adalah sekitar 25 peratus.

Kematian dan kemasukan ke hospital sering dilaporkan selepas pesakit dikesan mengambil tujuh hingga lapan liter air dalam sehari, berbanding dengan saranan sekitar dua liter sahaja.

Namun, bagi sesetengah orang, mereka mungkin perlu minum lebih banyak air antaranya golongan yang hamil, melakukan senaman berat atau sedang melalui proses pemulihan daripada penyakit.

Malah, pakar dan pemimpin kesihatan juga menasihatkan bahawa orang ramai mungkin perlu minum lebih banyak cecair dalam cuaca panas yang melanda kini.

Sumber: https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/08/1136197/minum-6-cawan-air-dalam-masa-sejam-boleh-bawa-maut-pakar

tg-me.com/TipsBiologiSPM/1228
Create:
Last Update:

BY Tips Biologi SPM

Share with your friend now:
tg-me.com/TipsBiologiSPM/1228

View MORE
Open in Telegram

Tips Biologi SPM Telegram | DID YOU KNOW?

Date: |

What Is Bitcoin?

Bitcoin is a decentralized digital currency that you can buy, sell and exchange directly, without an intermediary like a bank. Bitcoin’s creator, Satoshi Nakamoto, originally described the need for “an electronic payment system based on cryptographic proof instead of trust.” Each and every Bitcoin transaction that’s ever been made exists on a public ledger accessible to everyone, making transactions hard to reverse and difficult to fake. That’s by design: Core to their decentralized nature, Bitcoins aren’t backed by the government or any issuing institution, and there’s nothing to guarantee their value besides the proof baked in the heart of the system. “The reason why it’s worth money is simply because we, as people, decided it has value—same as gold,” says Anton Mozgovoy, co-founder & CEO of digital financial service company Holyheld.

The Singapore stock market has alternated between positive and negative finishes through the last five trading days since the end of the two-day winning streak in which it had added more than a dozen points or 0.4 percent. The Straits Times Index now sits just above the 3,060-point plateau and it's likely to see a narrow trading range on Monday.

Tips Biologi SPM from us

Telegram Tips Biologi SPM
FROM USA